Image Image Image Image Image

© Copyright 2013 MedikTV . All Rights Reserved | Disclaimer

Scroll to Top

To Top

Artikel Sihat

06

Sep
2017

In Artikel Sihat
Sihat Global

By MedikTV

Adakah pelampung leher berisiko kepada bayi?

On 06, Sep 2017 | In Artikel Sihat, Sihat Global | By MedikTV

1. Beberapa orang pakar telah memberikan amaran kepada ibu bapa akan potensi bahaya menggunakan pelampung leher bayi apabila mereka meletakkan anak kecil mereka di dalam air.

2. Kebimbangan ini tercetus apabila ramai ibu bapa mula memuatnaik gambar dan video anak mereka di dalam air dengan menggunakan pelampung tersebut ke laman-laman sosial.

3. Tiada faedah positif yang dapat dibuktikan dengan menggunakan pelampung tersebut malah risiko lebih tinggi kepada bayi apabila menggunakan pelampung tersebut. Alat tersebut boleh memberi tanggapan yang salah mengenai keselamatan anak mereka ketika berada di dalam air. Bayi tetap boleh terlepas dari pelampung tersebut dan melemaskan bayi.

4. Bulatan dalaman pelampung tersebut juga boleh memberi ketegangan kepada leher bayi yang berisiko memberi kecederaan kepada bayi anda. Tambahan pula, tiada kajian yang khusus dijalankan mengenai pelampung leher ini.

 

5. Hanya terdapat kajian pada tahun 2015 yang dijalankan mengenai terapi berenang kepada anak kecil yang menggunakan pelampung leher menyatakan bahawa alat tersebut tidak membawa kecederaan tetapi tidak mencadangkan sebarang maklumat tambahan mengenainya.

6. Sekiranya mahu juga menggunakan pelampung leher, adalah lebih baik dan selamat sekiranya ibu bapa sendiri berada bersama bayi atau anak kecil ketika berada di dalam air sambil memegang mereka. Jangan sesekali membiarkan anak kecil anda berada di dalam air tanpa pengawasan.

7. Forbes mengatakan bahawa pelampung leher tersebut tidak berpotensi membawa kepada bahaya maut dan lebih positif kepada perkembangan motor anak kecil. Pelampung leher ini juga adalah untuk bayi berumur lebih 8 bulan dan semestinya dinasihatkan untuk ibu bapa memegang bayi mereka tanpa melepaskannya.

8. Bagi sesetengah pakar, mereka tetap mengatakan sebarang peralatan berisi angin adalah tidak selamat secara keseluruhannya. Penglibatan pengawasan ibu bapa atau penjaga adalah kunci kepada keselamatan bayi ketika di dalam air.

9. Langkah keselamatan pencegahan lemas kepada bayi dan anak kecil yang terbukti berkesan adalah dengan pengawasan rapi, pagar keliling kolam dan juga keupayaan berenang.