Image Image Image Image Image

© Copyright 2013 MedikTV . All Rights Reserved | Disclaimer

Scroll to Top

To Top

Artikel Sihat

28

Mar
2017

In Artikel Sihat

By MedikTV

ISU STEVIA PALSU

On 28, Mar 2017 | In Artikel Sihat | By MedikTV

1. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum artikel bertajuk “AWAS STEVIA PALSU” yang disiarkan melalui akhbar Berita Harian edisi 27 Mac 2017.

2. Laporan tersebut menyatakan hasil ujian makmal yang dijalankan oleh Universiti Tun Hussein Onn Malaysia dan Universiti Putra Malaysia terhadap 10 jenama produk stevia yang digunakan oleh pesakit diabetes sebagai pemanis alternatif, mendapati kesemua produk tersebut langsung tidak mengandungi ekstrak tumbuhan itu sebaliknya adalah kombinasi bahan kimia berbahaya yang memudaratkan kesihatan.

3. KKM sedang menjalankan siasatan ke atas perkara ini bagi memastikan produk berkenaan mematuhi perundangan makanan.

4. Ekstrak stevia adalah sejenis bahan pemanis semulajadi yang diekstrak daripada daun pokok Stevia rebaudiana Bertoni yang mengandungi glikosida steviol, dan diproses menjadi serbuk putih hingga kuning cerah, tidak berbau dan mempunyai rasa manis.

5. Ia boleh digunakan sebagai pengganti kepada gula biasa khususnya kepada mereka yang menghidap penyakit diabetes.

 

Tags | ,