Image Image Image Image Image

© Copyright 2013 MedikTV . All Rights Reserved | Disclaimer

Scroll to Top

To Top

MedikTV News

25

Mar
2015

In MedikTV News

By MedikTV

Lawatan Ke Lokaliti Hotspot Oleh Menteri Kesihatan Malaysia

On 25, Mar 2015 | In MedikTV News | By MedikTV

1. Dari pemantauan KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA dari 16 Mac sehingga 21 Mac 2015, sejumlah 2,006 kes demam denggi telah dilaporkan berbanding 2,275 kes pada minggu sebelumnya, iaitu PENGURANGAN sebanyak 34%. 

 

2. Jumlah terkumpul kes demam denggi yang dilaporkan dari Januari sehingga 21 Mac adalah sebanyak 30,890 kes, berbanding hanya 21,967 kes yang dilaporkan bagi tempoh sama tahun lepas. PENINGKATAN sebanyak 40.6% atau 8,923 kes.

 

3. Bagi tempoh yang sama, jumlah kematian denggi yang dilaporkan adalah 98 kematian, berbanding hanya 54 kematian pada tempoh sama tahun lepas, PENINGKATAN sebanyak 81.5%.

 

4. Langkah kawalan yang baru telah dilaksanakn iaitu teknik semburan dalam kawalan nyamuk aedes iaitu OUTDOOR RESIDUAL SPRAY (ORS). Sebanyak 71 kawasan hotspots telah dilaksanakan semburan ORS sejak ianya dimulakan pada 11 Februari 2015 di daerah Petaling, hulu langat, Gombak dan Klang.

 

5. Periksa kawasan dalam & luar rumah anda 10 minit setiap minggu. TIADA AEDES TIADA DENGGI.