Image Image Image Image Image

© Copyright 2013 MedikTV . All Rights Reserved | Disclaimer

Scroll to Top

To Top

Artikel Sihat

30

Mar
2016

In Artikel Sihat

By MedikTV

MuscleWiki bantu anda mempelajari senaman baru untuk kumpulan otot tertentu.

On 30, Mar 2016 | In Artikel Sihat | By MedikTV

Jika anda ingin belajar pelbagai latihan baru bagi kumpulan otot tertentu, layari MuscleWiki. Ia percuma, mudah untuk digunakan, dan juga boleh mengira makronutrien dan kalori anda.

Dicipta oleh w0ts0n, MuscleWiki adalah aplikasi yang lancar, paparan grafik yang menarik penuh dengan sumber kecergasan bagi individu yang baru memulakan aktiviti kecergasan. Kami telah mencuba segala yang ada pada peta interaktif kumpulan otot utama. Sebagai contoh, Apabila anda klik pada bisep, anda akan dibawa ke halaman yang berasingan dengan senarai latihan yang memfokuskan kepada aktiviti kepada otot tertentu (dalam kes ini, bisep) – lengkap dengan penerangan dan GIF. Ia belum lagi memberikan penerangan terperinci dan masih belum mengumpulkan sumber yang luas (sehingga artikel ini ditulis), tetapi ia menawarkan satu permulaan yang baik untuk individu yang baru bergiat dalam aktiviti senaman dan kecergasan.

Anda juga boleh mengira keperluan kalori anda dengan segera berdasarkan matlamat kecergasan anda, hasil keputusan tersebut boleh anda masukkan ke dalam kalkulator makronutrien untuk mengetahui maklumat pecahan makronutrien anda (baca ini untuk mengetahui perbezaan di antara mengira kalori dan makronutrien).

Screen Shot 2016-03-30 at 11.02.05 AM

Screen Shot 2016-03-30 at 11.02.51 AM

Ciri kemas lain adalah kalkulator 1-rep, yang boleh menganggarkan jumlah maksimum berat beban yang selamat untuk anda angkat untuk 1-rep tanpa perlu anda mencubanya di bilik latihan bebanan.

Screen Shot 2016-03-30 at 11.03.20 AM

Secara keseluruhan, MuscleWiki masih lagi dalam fasa pembangunan. Menurut pencipta laman web ini, dia masih berusaha untuk mengembangkan pangkalan data senaman dengan tambahan seperti latihan bebanan. Ia satu permulaan yang lebih cekap, dan dalam satu jangka masa, boleh menjadi sumber yang besar. Sementara itu, ExRx.net adalah sangat terperinci, walaupun paparan grafik tidak moden, tetapi ia juga sebuah laman web yang peminat kecergasan boleh layari dan belajar sebanyak mana ilmu kecergasan yang diperlukan.

Screen Shot 2016-03-30 at 11.06.35 AM