Image Image Image Image Image

© Copyright 2013 MedikTV . All Rights Reserved | Disclaimer

Scroll to Top

To Top

MedikTV News

07

Jan
2016

In MedikTV News

By MedikTV

Pembuat kenderaan ini mahukan anda memandu dan kekal sihat.

On 07, Jan 2016 | In MedikTV News | By MedikTV

Lebih daripada sekadar membuat kenderaan elektrik, pembuat kereta mewah ini juga inginkan pemandu untuk kekal selamat dan sihat. Idea ini adalah untuk memantau saraf anda melalui penderia kecergasan atau jam tangan pintar, membandingkan pelbagai aspek data seperti kadar jantung semasa dan suhu kulit dan dikumpulkan untuk memberi gambaran tentang keadaan semasa anda ketika berada dalam kenderaan tersebut. Tambahan lagi, sistem ini akan menganalisis data yang didapati daripada pelbagai penderia kenderaan untuk menentukan gaya memandu, keadaan cuaca dan trafik dan kadar pernafasan anda, menurut satu kenyataan daripada syarikat tersebut.

Sekiranya penderia merasakan anda terlalu tertekan, ia akan, antara lain, mencetuskan urutan tempat duduk, menyesuaikan suhu kabin dengan sewajarnya atau mula memainkan video tutorial yang memaparkan “latihan pernafasan” sebaik sahaja tahap pernafasan anda merosot.

Screen Shot 2016-01-07 at 3.29.07 PM

Sistem ini juga turut menganalisa aliran trafik semasa dan menyimpan data tersebut bagi mencadangkan kawasan rehat yang sesuai apabila mengesan keletihan pada diri anda sepanjang perjalanan. Pengeluar kenderaan ini juga menambah dalam masa hadapan, sistem ini akan berupaya melakukan “pemanduan auto ketika kecemasan’ dan membuat panggilan kecemasan sekiranya pemandu berhadapan kes kecemasan yang ekstrem.

Semua ini kedengaran cukup baik, tetapi apa yang mengecewakan di sini adalah syarikat itu berkata ia hanya terpakai kepada model pemanduan Jerman sahaja.

Screen Shot 2016-01-07 at 3.29.59 PM