Image Image Image Image Image

© Copyright 2013 MedikTV . All Rights Reserved | Disclaimer

Scroll to Top

To Top

imedik

21

May
2014

In imedik

By MedikTV

PENYERAHAN ‘MOCK CHEQUE’ UNTUK MAJLIS AIDS MALAYSIA

On 21, May 2014 | In imedik | By MedikTV

Situasi HIV di Malaysia.

1. Jumlah kes HIV yang dilaporkan dalam negara setiap tahun sudah semakin menurun dari 6,978 pada tahun 2002 kepada 3,393 tahun 2013. Selari dengan penurunan bilangan kes tersebut, kadar jangkitan HIV juga telah menurun iaitu dari 28.4 per 100,000 penduduk pada tahun 2002 kepada 11.4 pada tahun 2013.

2. Ini bermakna negara ini sudah hampir mencapai sasaran MDG untuk mengurangkan kadar jangkitan HIV kepada 11 per 100,000 penduduk menjelang 2015.

3. Pada 24 Oktober 2013, KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA telah menerima anugerah United Nations Malaysia Award 2013 atas usaha KKM mencapai Matlamat Pembangunan Millennium Ke-5 dan Ke-6.

4. Matlamat Pembangunan Millennium Ke-5 adalah berkaitan kematian ibu manakala Matlamat Pembangunan Millennium ke-6 pula adalah berkaitan penyakit berjangkit, khususnya HIV/AIDS dan Malaria.

5. Kerajaan amat komited dalam usaha menangani isu HIV/AIDS. menerusi beberapa siri Pelan Strategik Kebangsaan, kerajaan telah memperuntukkan dana yang konsisten bagi melaksana program / aktiviti HIV. Malah, hampir kesemua (95%) program / aktiviti HIV telah dibiayai oleh kerajaan.

6. Secara keseluruhannya, hampir RM 1.4 billion telah dibelanjakan sejak tahun 1993 sehingga 2013, Baki sebanyak 5% lagi dibiayai oleh Global Fund dan pihak swasta menerusi rakan pelaksana program iaitu Majlis Aids Malaysia.

7. Pada tahun 2014, sebanyak RM 6,315,000.00 telah disalurkan kepada Majlis AIDS Malaysia. Ini termasuk bagi pembelian kit pencegahan dan jarum suntikan bagi aktiviti di bawah Global Fund.